Sunday, January 18, 2009

Saturday, January 17, 2009

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah sekolah i ni bermula pada tahun 1965 apabila ia ditubuhkan hasil dari sistem Aneka Jurusan. Ia merupakan sekolah menengah aliran Melayu yang pertama yang mempunyai kawasan bangunan dan pentadbiran sendiri. Selama ini sekolah menengah aliran Melayu seumpama ini hanya ditumpanhlkan di sekolah lain.

Dengan nama Sekolah Menengah Rendah ( Lelaki ) Pasir Mas. Sekolah ini memulakan pengajian di tiga bangunan yang ditinggalkan oleh Sekolah Menengah Lanjutan Pasir Mas yang kini menjadi SK Lemal Pasir Mas.

Seramai 10 orang guru termasuk beberapa orang guru pelatih RTC ditugaskan untuk mengajar 400 orang pelajar Tingkatan 1. Berkebetulan dengan nama sekolah tersebut, semua guru dan pelajar kumpulan pertama ini adalah lelaki.

Pada tahun 1967, kumpulan pertama pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan SRP dan SPM dua tahun kemudiannya.

Bilangan pelajar yang semakin berkembang lebih-lebih lagi dengan kemasukkan pelajar perempuan buat pertama kalinya pada tahun 1971. Keadaan ini memaksa pihak sekolah berusaha untuk mendapatkan bangunan tambahan. Pada tahun 1972, sebuah bangunan tiga tingkat telah siap dibangunkan. Pada tahun yang sama juga sebuah kelas tingkatan 4 Aliran Sains dimulakan. Masalah kekurangan bilik darjah semakin serius menjelang pertengahan tahun 1970 an. Walau bagaimanapun, sebuah bangunan tiga tingkat dibina dan siap pada tahun 1976 tetapi dengan pelajar seramai hampir 1800 pelajar menyebabkan sistem pembelajaran dua sesi terus dijalankan.

Lencana Sekolah


Visi dan Misi Sekolah


VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja

Menjadi Sekolah Tersohor di Kelantan pada tahun 2010

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja komited untuk menjadi sekolah tersohor di Kelantan pada tahun 2010 dan akan berusaha untuk :

1. Menyediakan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang

2. Melahirkan pelajar yang bersahsiah dan berketerampilan.

3. Melibatkan pelajar secara menyeluruh dan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum

4. Mewujudkan persekitaran yang kondusif

5. Mempertingkatkan taraf profesionalisme dan perkhidmatan kepada pelanggan.


Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja
Menjadi Sekolah Tersohor di Kelantan pada tahun 2010
MISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja komited untuk menjadi sekolah tersohor di Kelantan pada tahun 2010 dan akan berusaha untuk :

1. Menyediakan pendidikan yang berkualiti dan cemerlang

2. Melahirkan pelajar yang bersahsiah dan berketerampilan.

3. Melibatkan pelajar secara menyeluruh dan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum

4. Mewujudkan persekitaran yang kondusif

5. Mempertingkatkan taraf profesionalisme dan perkhidmatan kepada pelanggan.





















Thursday, January 15, 2009

PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja telah ditubuhkan pada tahun 1965. Ia merupakan sekolah aliran Melayu yang pertama di Pasir Mas. SMKTPR terletak di kampung Lemal, kira-kira 4 kilometer dari bandar Pasir Mas. Kedudukan SMKTPR amat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah perjalanan ke Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

Kebanyakan pelajar di sekolah ini terdiri dari anak petani dan peniaga kecil. Pelajar Tingkatan 1 diambil dari sekolah saluran iaitu dari SK Lemal, SK Lati, SK Kelar dan SK Chicha Tinggi. Manakala pelajar Tingkatan 6 diambil dari SMK Chetok dan SMK To'Uban.

SMKTPR mempunyai 4 blok bangunan, 3 bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan 4 tingkat. Satu bangunan gotong-royong, satu bengkel kemahiran hidup, satu makmal komputer, satu dewan serbaguna (dikenali dengan nama Dewan Bunga Raya) dan kantin.