Thursday, January 15, 2009

PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja telah ditubuhkan pada tahun 1965. Ia merupakan sekolah aliran Melayu yang pertama di Pasir Mas. SMKTPR terletak di kampung Lemal, kira-kira 4 kilometer dari bandar Pasir Mas. Kedudukan SMKTPR amat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah perjalanan ke Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah dan Rantau Panjang.

Kebanyakan pelajar di sekolah ini terdiri dari anak petani dan peniaga kecil. Pelajar Tingkatan 1 diambil dari sekolah saluran iaitu dari SK Lemal, SK Lati, SK Kelar dan SK Chicha Tinggi. Manakala pelajar Tingkatan 6 diambil dari SMK Chetok dan SMK To'Uban.

SMKTPR mempunyai 4 blok bangunan, 3 bangunan 3 tingkat dan 1 bangunan 4 tingkat. Satu bangunan gotong-royong, satu bengkel kemahiran hidup, satu makmal komputer, satu dewan serbaguna (dikenali dengan nama Dewan Bunga Raya) dan kantin.

1 comment: